Tuesday, April 30, 2013

lu ok? ... gua ok!

pagi yang indah dengan bersin dan sakit kepala!
sangat indah!
alhamdulillah!


notakaki:
over here..
i'm grumbling about my flu and headache..
over there...
my friend is excitedly getting ready for her leg amputation...


obviously i'm so damn weak...

this is her story.. adopted from her fb wall couple of days ago..

"Fb wall...tempat dimana segala jenis drama kehidupan boleh dibaca. Tak perlu lagi membeli Mingguan Malaysia, untuk membaca sisipan Di Celah-celah Kehidupan. Log in sahaja, semuanya terpampang jelas. 
Dan kita terdorong untuk membaca drama yang menarik hati kita. Samada untuk dijadikan panduan, dorongan mahupun bahan umpatan dan kejian. Aku juga tidak terlepas dari berkongsi drama harian hidup aku.

Dan ini adalah nukilan panjang sebelum aku berbaring di meja bedah untuk kali yang ke-10 dalam jangkamasa 6 tahun. Read it if you want to, or else..skip to other's statuses.

Aku menulis kerana setiap kali teman2 datang melawat, mereka bertanyakan tentang perasaan aku terhadap keputusan yang aku ambil untuk menjalani pembedahan amputasi. Dan diharap tulisan panjang lebar aku ini menjawab persoalan kalian.

6 tahun lepas, sebaik sahaja aku melahirkan anak ke-2 aku, Pia..aku disahkan mengidap kanser tulang. Ketika itu, JIKA Allah menetapkan bahawa cara untuk menyelamatkan nyawa aku ketika itu adalah dengan amputasi, berkemungkinan besar aku tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Aku mungkin mengalami stress yang serius, atau orang kampung bilang..MEROYAN. In medical terms, Post Partum Depression.
Tapi Allah Maha Penyayang, aku diberi kesempatan untuk menjalani Limb Salvage Surgery iaitu pembedahan penggantian tulang dengan internal prosthesis. Maka, aku masih lagi berpeluang menghayun kaki dan meneruskan hidup.

Setelah 4 tahun menerima nikmat pergerakan kaki, tulang mula pecah sedikit akibat kedudukan implan yang sedikit lari dari tapaknya. Aku mula menggunakan kerusi roda. Pembedahan membetulkan implan terpaksa dibuat. Walaupun pembedahan berjaya, namun aku telah dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti lasak, kerana jika kedudukan implan ini berubah, maka tiada cara lain yg boleh dibuat melainkan amputasi. Aku masih ingat pesanan doktor pakar aku. Dan aku tahu, sooner or later, it will happen.

Tidak sampai beberapa bulan implan baru dipasang, komplikasi mula berlaku. Jangkitan kuman berterusan sehingga aku terpaksa berumah di hospital hampir setengah tahun. Setiap kali dimasukkan ke wad, paling minima aku akan ditahan selama 2-3 bulan untuk pembedahan mencuci implan dan rawatan antibiotik.

Dalam masa setahun sahaja, aku sudah pun menjalani pembedahan sebanyak 8 kali.
Kaki ini sudah lali dengan jarum, saline dan povidone. Salur darahku menjadi tempat mengalirnya antibiotik seperti Cloxacillin, Gentamycin, Imipenem, Cefuroxime, Vancomycin, Flucloxacilin, Ciprofloxacin. Prosedur apa yg belum aku lalui?
Radioactive bone scan, MRI, CTScan, Fluoroscopy, X Ray, Ultrasound, Angiogram. Semua ini sudah biasa. Dan aku sendiri sudah berani memotong benang jahitan dengan pengawasan jururawat. Ambil tweezer dan gunting...potong dan tarik.

Segala jenis ubat tahan sakit dah juga aku rasa. Sehinggakan ada satu ketika selepas operation, dos morphine yang diberi membuatkan aku berhalusinasi. Dinding hospital seperti kanvas lukisan yang warnanya sering berubah2. Warna2 itu sangat ceria dan cantik. Dan ada juga ketika dimana aku melihat seolah2 ada 'monster' berbulu warna warni seperti Sully (Monster Inc.), duduk di sebelah katil aku, tiba2 bertukar menjadi belon dan meletup! Aku terkejut dan tutup mata rapat2.
Esoknya aku minta doktor hentikan dos morphine aku.

Apabila acap kali aku terpaksa berumah di wad, aku mula rasa bosan dan penat dengan perjalanan hidup seperti ini. Anak2 terpaksa berpisah lama dengan aku. Kasihan, mereka sunyi kerana abah mereka bekerja di luar negara, mommy ni pula asyik tidur di hospital. Berapa lama sanggup aku biarkan keadaan mereka begitu, semata2 untuk menyelamatkan kaki ini?

Dan aku juga terfikir, bagaimanakah nanti jika aku ke sekolah anak2 aku untuk perjumpaan guru dan ibubapa dalam keadaan aku yg berkerusi roda atau bertongkat. Pastinya anak2 aku nanti menjadi mangsa buli kerana keadaan ibu mereka yang cacat. Perkara ini sering bermain di fikiran aku. Oleh kerana perkara ini merunsingkan aku, pernah aku mencadangkan kepada suami, jika dia ingin berkahwin lain, go ahead. So his new wife can be a perfect mother to my children. Perhaps they will no more be embarrassed by having cripple mother. But he refused. So...I have to think of something else.

Dalam keresahan berfikir, Allah bukakan jalan untuk aku. Setelah 6 tahun aku membiasakan diri dengan foreign object in my body, dan aku pun sudah mentally prepared with the possibility of amputation, dengan tekad, aku bersetuju untuk menjalani pembedahan amputasi yang dijadualkan Selasa ini.

Allah swt telah merancang perjalanan hidup aku dengan cara yang terbaik yang tak dapat aku bayangkan sendiri. DIA telah memberi 6 tahun untuk aku terima keadaan bahawa aku akan cacat suatu hari nanti, approximately 74 bulan untuk memahami dan membiasakan diri dengan keadaan yang memerlukan aku menggunakan tenaga kaki kanan lebih dari kaki kiri. Dan selama 6 tahun itulah Allah menenangkan hati aku, membuka minda aku untuk melihat mereka2 yang tidak mempunyai kaki tetapi menjalani kehidupan yang jauh lebih baik dari mereka yang sempurna. Allahu Akhbar...tidakkah Allah itu Maha Penyayang? Tidak diberi sebarang ujian tanpa kekuatan. Alhamdulillah.

Juga aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk merancang amputasi dan bukannya secara mengejut. Ramai pesakit yang aku jumpa di hospital, amputees yang tidak punya masa untuk berfikir, hanya punya beberapa jam/hari untuk menandatangani borang consent untuk pembedahan. For various reasons, kemalangan, kencing manis atau penyakit tulang yg lain. Syukur, aku diberi masa 6 tahun untuk menandatangani borang itu. Dan aku punya peluang untuk membuat panggilan ke beberapa pembuat kaki palsu, mencari kaki yang terbaik sebagai gantian. Alhamdulillah.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
Surah Insyirah ayat 5 & 6.

Sebab itulah aku Redha, kerana Allah telah memudahkan aku untuk membuat keputusan tanpa merasa sekelumit pun perasaan sedih. Kerana Allah telah memberi aku peluang selama 6 tahun untuk bersedia menghadapi kemungkinan ini.

Dan perkara yang aku nampak jelas di mata aku ialah, wajah2 amputees yang pernah aku jumpa, jarang sekali bermuram seperti pesakit2 lain. Teringat aku seorang lelaki muda, dengan gembira bernyanyi2 di wad, bergelak ketawa dengan jururawat dan beramah mesra dengan pesakit lain. Jika tidak kerana baju uniform biru PPUM, aku mungkin ingat dia hanyalah sekadar pelawat. Betapa Allah mengurangkan satu bahagian badan dan digantikan dengan kebahagiaan yg lebih berbanding mereka yang punya cukup anggota.

Entah mengapa, kalau aku baca status teman2 yang mengeluh sakit kepala, selsema sehingga tidak lalu makan, atau kepenatan menguruskan rumahtangga, terdetik di hati walaupun sebenarnya aku tidak perlu berbuat demikian...tapi status itu buat aku terfikir, alangkah eloknya jika setiap kesakitan itu diucapkan Alhamdulillah. Kerana kesakitan yang dirasa hanyalah minimal. Kepenatan yang dirasa itu sepatutnya disyukuri kerana Allah masih lagi memberikan nikmat kesihatan dan kecukupan anggota tubuh.

Dan aku berharap, jika aku dianugerahi kaki gantian nanti...aku tak akan kufur nikmat walau sedetik. Semoga Allah terus memelihara aku sehingga akhir hayat aku kerana setiap nyawaku hanyalah dengan izinNya. Setiap langkahku jua dengan kehendakNya.

Berdoalah juga untuk diri kita sendiri supaya setiap ujian yang menanti kita esok hari, akan ada pemudahnya. Dan pemudah itulah pembuka pintu hati kita untuk redha dengan ketentuan dariNya.

Jika aku pernah ada salah silap pada sesiapapun, samada sengaja atau tidak, mohon dimaafkan.Wassalam...
 — with Yusniza Telekungnajwa and 3 others atGleneagles, Ampang."

No comments: