Tuesday, April 30, 2013

Lah-

Alamak-
Shit lah-
Aku rendu lah-
Rendu alunan merdu gemersik ikan lumba-lumba makala-
Aiseyman lah-
Rasa mau ini malam juga lah-
Mana mau cekau lah-
Please please lah-
Help me lah-
Aku angau sudah!

Terima kasih (song for thom yorke) by tri hadzir



Lagu-lagu tri buat aku senyum sendri..
Lagu-lagu fynn buat aku tenang dalam hati..
Lagu-lagu aku? 
Huh.. Hanya dalam mimpi..
Seni ku kelaut mati..
Tak pernah ada nilai..
Nanti lah..
Kalau-kalau aku jumpa pemilik kuku yang cantik bergoaty yang bisa bermuzik berseni!




Aku kan tetap disini
Masih tersipu menyanyi
Lagu-lagumu
Yang membunuhku

Tak pernah walau sekali
Aku berhenti berlari
Mengejarkamu..
Menandingimu..

Mendayu-dayu hasil karyamu
Ku pemuja mata kirimu
Ku peminat radio dilehermu

La la la la

Alunan halus teliti
Jerit seni kata hati
Bagai pelangi
Mewarna langit

Teguh mana kau berdiri
Bukankah kau makhluk asing
Berwarna kuning
Memetik tali?

Dan kepadamu
Ku berterima kasih
Ku berterima kasih

Dan kepadamu
Ku berterima kasih
Ku berterima kasih

Buku lama yang hodoh-

Itu buku baru kau belek kulit nya kau sudah mau buang?
Kau tau buku apa itu?
Itu buku harga beratus ringgit malaysia..
Takkan kerna tatarias kulit nya yang kurang menarik itu kau mahu buang buku itu?
Baca dulu isi nya..
Kalau kau tak mahu..
Biar kan saja di situ...
Pasti nanti ada pencinta yang akan mencari nya..
Itu buku ada harga lah walaupun buku lama..


-namakuaku-
April 30, 2013
03:56pm

Notakaki:
Orang kata "don't judge the book by it's cover"
Man Greng kata itu buku "collective item"



lu ok? ... gua ok!

pagi yang indah dengan bersin dan sakit kepala!
sangat indah!
alhamdulillah!


notakaki:
over here..
i'm grumbling about my flu and headache..
over there...
my friend is excitedly getting ready for her leg amputation...


obviously i'm so damn weak...

this is her story.. adopted from her fb wall couple of days ago..

"Fb wall...tempat dimana segala jenis drama kehidupan boleh dibaca. Tak perlu lagi membeli Mingguan Malaysia, untuk membaca sisipan Di Celah-celah Kehidupan. Log in sahaja, semuanya terpampang jelas. 
Dan kita terdorong untuk membaca drama yang menarik hati kita. Samada untuk dijadikan panduan, dorongan mahupun bahan umpatan dan kejian. Aku juga tidak terlepas dari berkongsi drama harian hidup aku.

Dan ini adalah nukilan panjang sebelum aku berbaring di meja bedah untuk kali yang ke-10 dalam jangkamasa 6 tahun. Read it if you want to, or else..skip to other's statuses.

Aku menulis kerana setiap kali teman2 datang melawat, mereka bertanyakan tentang perasaan aku terhadap keputusan yang aku ambil untuk menjalani pembedahan amputasi. Dan diharap tulisan panjang lebar aku ini menjawab persoalan kalian.

6 tahun lepas, sebaik sahaja aku melahirkan anak ke-2 aku, Pia..aku disahkan mengidap kanser tulang. Ketika itu, JIKA Allah menetapkan bahawa cara untuk menyelamatkan nyawa aku ketika itu adalah dengan amputasi, berkemungkinan besar aku tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Aku mungkin mengalami stress yang serius, atau orang kampung bilang..MEROYAN. In medical terms, Post Partum Depression.
Tapi Allah Maha Penyayang, aku diberi kesempatan untuk menjalani Limb Salvage Surgery iaitu pembedahan penggantian tulang dengan internal prosthesis. Maka, aku masih lagi berpeluang menghayun kaki dan meneruskan hidup.

Setelah 4 tahun menerima nikmat pergerakan kaki, tulang mula pecah sedikit akibat kedudukan implan yang sedikit lari dari tapaknya. Aku mula menggunakan kerusi roda. Pembedahan membetulkan implan terpaksa dibuat. Walaupun pembedahan berjaya, namun aku telah dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti lasak, kerana jika kedudukan implan ini berubah, maka tiada cara lain yg boleh dibuat melainkan amputasi. Aku masih ingat pesanan doktor pakar aku. Dan aku tahu, sooner or later, it will happen.

Tidak sampai beberapa bulan implan baru dipasang, komplikasi mula berlaku. Jangkitan kuman berterusan sehingga aku terpaksa berumah di hospital hampir setengah tahun. Setiap kali dimasukkan ke wad, paling minima aku akan ditahan selama 2-3 bulan untuk pembedahan mencuci implan dan rawatan antibiotik.

Dalam masa setahun sahaja, aku sudah pun menjalani pembedahan sebanyak 8 kali.
Kaki ini sudah lali dengan jarum, saline dan povidone. Salur darahku menjadi tempat mengalirnya antibiotik seperti Cloxacillin, Gentamycin, Imipenem, Cefuroxime, Vancomycin, Flucloxacilin, Ciprofloxacin. Prosedur apa yg belum aku lalui?
Radioactive bone scan, MRI, CTScan, Fluoroscopy, X Ray, Ultrasound, Angiogram. Semua ini sudah biasa. Dan aku sendiri sudah berani memotong benang jahitan dengan pengawasan jururawat. Ambil tweezer dan gunting...potong dan tarik.

Segala jenis ubat tahan sakit dah juga aku rasa. Sehinggakan ada satu ketika selepas operation, dos morphine yang diberi membuatkan aku berhalusinasi. Dinding hospital seperti kanvas lukisan yang warnanya sering berubah2. Warna2 itu sangat ceria dan cantik. Dan ada juga ketika dimana aku melihat seolah2 ada 'monster' berbulu warna warni seperti Sully (Monster Inc.), duduk di sebelah katil aku, tiba2 bertukar menjadi belon dan meletup! Aku terkejut dan tutup mata rapat2.
Esoknya aku minta doktor hentikan dos morphine aku.

Apabila acap kali aku terpaksa berumah di wad, aku mula rasa bosan dan penat dengan perjalanan hidup seperti ini. Anak2 terpaksa berpisah lama dengan aku. Kasihan, mereka sunyi kerana abah mereka bekerja di luar negara, mommy ni pula asyik tidur di hospital. Berapa lama sanggup aku biarkan keadaan mereka begitu, semata2 untuk menyelamatkan kaki ini?

Dan aku juga terfikir, bagaimanakah nanti jika aku ke sekolah anak2 aku untuk perjumpaan guru dan ibubapa dalam keadaan aku yg berkerusi roda atau bertongkat. Pastinya anak2 aku nanti menjadi mangsa buli kerana keadaan ibu mereka yang cacat. Perkara ini sering bermain di fikiran aku. Oleh kerana perkara ini merunsingkan aku, pernah aku mencadangkan kepada suami, jika dia ingin berkahwin lain, go ahead. So his new wife can be a perfect mother to my children. Perhaps they will no more be embarrassed by having cripple mother. But he refused. So...I have to think of something else.

Dalam keresahan berfikir, Allah bukakan jalan untuk aku. Setelah 6 tahun aku membiasakan diri dengan foreign object in my body, dan aku pun sudah mentally prepared with the possibility of amputation, dengan tekad, aku bersetuju untuk menjalani pembedahan amputasi yang dijadualkan Selasa ini.

Allah swt telah merancang perjalanan hidup aku dengan cara yang terbaik yang tak dapat aku bayangkan sendiri. DIA telah memberi 6 tahun untuk aku terima keadaan bahawa aku akan cacat suatu hari nanti, approximately 74 bulan untuk memahami dan membiasakan diri dengan keadaan yang memerlukan aku menggunakan tenaga kaki kanan lebih dari kaki kiri. Dan selama 6 tahun itulah Allah menenangkan hati aku, membuka minda aku untuk melihat mereka2 yang tidak mempunyai kaki tetapi menjalani kehidupan yang jauh lebih baik dari mereka yang sempurna. Allahu Akhbar...tidakkah Allah itu Maha Penyayang? Tidak diberi sebarang ujian tanpa kekuatan. Alhamdulillah.

Juga aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk merancang amputasi dan bukannya secara mengejut. Ramai pesakit yang aku jumpa di hospital, amputees yang tidak punya masa untuk berfikir, hanya punya beberapa jam/hari untuk menandatangani borang consent untuk pembedahan. For various reasons, kemalangan, kencing manis atau penyakit tulang yg lain. Syukur, aku diberi masa 6 tahun untuk menandatangani borang itu. Dan aku punya peluang untuk membuat panggilan ke beberapa pembuat kaki palsu, mencari kaki yang terbaik sebagai gantian. Alhamdulillah.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
Surah Insyirah ayat 5 & 6.

Sebab itulah aku Redha, kerana Allah telah memudahkan aku untuk membuat keputusan tanpa merasa sekelumit pun perasaan sedih. Kerana Allah telah memberi aku peluang selama 6 tahun untuk bersedia menghadapi kemungkinan ini.

Dan perkara yang aku nampak jelas di mata aku ialah, wajah2 amputees yang pernah aku jumpa, jarang sekali bermuram seperti pesakit2 lain. Teringat aku seorang lelaki muda, dengan gembira bernyanyi2 di wad, bergelak ketawa dengan jururawat dan beramah mesra dengan pesakit lain. Jika tidak kerana baju uniform biru PPUM, aku mungkin ingat dia hanyalah sekadar pelawat. Betapa Allah mengurangkan satu bahagian badan dan digantikan dengan kebahagiaan yg lebih berbanding mereka yang punya cukup anggota.

Entah mengapa, kalau aku baca status teman2 yang mengeluh sakit kepala, selsema sehingga tidak lalu makan, atau kepenatan menguruskan rumahtangga, terdetik di hati walaupun sebenarnya aku tidak perlu berbuat demikian...tapi status itu buat aku terfikir, alangkah eloknya jika setiap kesakitan itu diucapkan Alhamdulillah. Kerana kesakitan yang dirasa hanyalah minimal. Kepenatan yang dirasa itu sepatutnya disyukuri kerana Allah masih lagi memberikan nikmat kesihatan dan kecukupan anggota tubuh.

Dan aku berharap, jika aku dianugerahi kaki gantian nanti...aku tak akan kufur nikmat walau sedetik. Semoga Allah terus memelihara aku sehingga akhir hayat aku kerana setiap nyawaku hanyalah dengan izinNya. Setiap langkahku jua dengan kehendakNya.

Berdoalah juga untuk diri kita sendiri supaya setiap ujian yang menanti kita esok hari, akan ada pemudahnya. Dan pemudah itulah pembuka pintu hati kita untuk redha dengan ketentuan dariNya.

Jika aku pernah ada salah silap pada sesiapapun, samada sengaja atau tidak, mohon dimaafkan.Wassalam...
 — with Yusniza Telekungnajwa and 3 others atGleneagles, Ampang."

Monday, April 29, 2013

Serius rabak!



Cela by boneca
Verse:Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah
Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara
*Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit
Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api
Chorus:
Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku
Mengapa …..
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela
Mengapa…
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela
(Repeat *)
(Repeat chorus)
Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?
Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?




Hibernasi-

Sekotak tisu.
Seekor Boya yang lencun..
Huh... Boleh tahan bangang abadi gak aku..
Semua gara2 rendu..
Bukan rendu pada manusia2 bodoh tu..
Tapi pada insan2 tersayang yang dah pergi tinggalkan aku..

Dulu oden slalu pesan..
"Don't express yourself through stupid things!"
Tendang bola tengah-tengah padang waktu malam.
Angkat carpet bawak p laundry room basuh pakai tangan sambil pasang lagu skinhead kuat2..
Those are stupid things..
Orang nampak apa kita buat.
Orang tau kita tengah marah..

Oden kata..
"Kalau marah pegi masuk bilik air..mandi!"
Sejukkan hati..
Orang tak nampak.. Orang tak tau apa kita rasa..
Tapi tu kalau marah...
Ini malam aku tengah rendu..
Macam mana plak tu.?

Mungkin sama jugak lah kot aplikasi nya..
Tapi aku dah ter ekspress lak rasa tu..
Biaq pi lah..
Ini kali je lah..
Biar lah kalau org tau pun..
aku pun ada bodoh nya..
Ada bangang nya jugak..
Paling2 pun sorang ahmadzaidi je yang baca..
Tak mungkin ada orang lain punya..

Sudah lah.. 
Aku nak pg bertapa di bilik mandi!
Berhibernasi dengan hati..


Notakaki: 
Seorang oden itu adalah sahabat-abang yang aku tak pernah ada-yang paling memahami walaupun da berbelas tahun tak jumpa.. #missyoulahmyblackcoffeehoney!


Pokok-

Semalam ada jumpa sepohon pokok!
Tepi pantai yang damai...
Aku tiba2 rasa nak lpak2 kt pokok tu sambil strum ukulele..!
Serius aku teringin!

Tapi..
Aku takde ukulele!
The worst part is..
I don't even play any instrument!!!
Langsung tak boleh!
haishhhh


Notakaki: never fall in love by gerald ko buat aku terasa macam tu!
Huh


Jom pantai!

Never fall in love by gerald ko




I will never fall in love I'll never fall in love 
The way I fell in love with you 

Endless words butterflies 
Choking love on their way out
Listening for signs of us in every melody 

Quick hellos long goodbyes 
The beauty of the scenic route
Imagining the things I'd say if u were next to me 


Dear, I cannot say, what the wind will bring 
Or if there's anything for us but 



(Chorus) 
I will never fall in love I'll never fall in love 
The way I fell in love with you 
No I can never fall in love, I'll never fall in love 
The way I fell in love with you 



Times alone, never hard 
Blissful thoughts of you and I 
Mere a chance to sink into a daydream reverie 
On the phone, in the car 
Stuck in traffic half past five 
Not a care because I know that you're in love with me 
Dear, I cannot say, what the wind will bring 
Or if there's anything for us but 



(Chorus) 
I will never fall in love I'll never fall in love 
The way I fell in love with you 
No I can never fall in love, I'll never fall in love 
The way I fell in love with you 



Close your eyes, listen close 
As I sing this lullaby 
Will you maybe dream of me as I will dream of you 



I will never fall in love I'll never fall in love 
The way I fell in love with you 
No I can never fall in love, I'll never fall in love 
The way I fell in love with you

Lucky guy by david choi




It’s been so long since I’ve met someone
That makes me feel this way
Makes me smile, and that’s hard to do
I don’t think it’s something you realize you do

You make me feel
Like I’m the only guy
With you in the world

But we can’t be together
Can’t really be friends
We can’t be lovers
And we can’t pretend
Oh that boy in your life
Better make you his wife
And he better believe he’s a lucky guy

You wanted a song well here’s one for you
Nobody will know except for us two
Don’t ask me about it
Cuz I won’t tell the truth
Just know that there’s someone
Thinking of you

You make me feel
Something I wish wasn’t real at all

[Chorus]

You were never mine to begin with…

So we can’t be together
Can’t really be friends
We can’t be lovers
And we can’t pretend
Oh that boy in your life
Better make you his wife
And he better believe he’s a lucky guy

Love is cinta...

Jika tak sanggup melangkau selesa..
tak sanggup berpayah bersama..
tak sanggup menongkah duga..
Itu bukan cinta nama nya...

Bukan juga cinta namanya..
Jika tak sanggup berkorban harta...
tak sanggup berkongsi jiwa...
tak sanggup hidup mati bersama...

Penglipur lara pernah berkata....


* cinta itu ialah bilamana
kau sanggup jadi mata untuk dia melihat
jadi telinga untuk dia mendengar
jadi lidah untuk dia berkata
Jadi kaki untuk dia berlari
dan jadi hati untuk dia rasa kau punya cinta mati..


-namakuakau-
April 29, 2013
03:29pm

*Puisi di adaptasi dari sang penglipur lara AhmadJedi..
 (Moga-moga keplagiatan ini tidak menimbulkan kemarahan beliau..hehe)
Hopefully he didn't wake up on the wrong side of the bed this morning- huhu
#ayatituterlalubestuntuktidakditiru :P

perlu dan sanggup...

kadang-kadang rasa itu tak perlu di luah..
tak perlu di suara..
tak perlu di perlihat..
cukup sekadar engkau sendri tahu, tunggu dan lihat...

kalau memang kau tak sanggup ambil jalan singkat
tak sanggup terima hakikat..
tak sanggup sedih tak bertempat...
biar saja rasa itu terjun dari tingkat empat....

-Namakuaku-
April 29, 2013
01:23pm




rockestra seorang loser!


dulu aku pernah bermimpi mau jadi jurugambar!
abah kata "mana ada jurugambar wanita!" (itu kali lah)
dulu aku pernah bermimpi mau jadi rockstar!
abah kata "blaja muzik susah nak cari kerja"
dulu aku pernah bermimpi mau jadi zoologist swasta!
abah kata "kerja kerajaan ni terjamin masa depannya!"
semua apa yang aku mau jadi semua hampa..
sudahnya aku cuma jadi seorang loser..!

Notakaki:
Tapi aku sayang abah giler-giler!
Macam aku sayang mak juga!





i think this so damn true!

"Where words fail, music speaks."
-Hans Christian Andersen-






Music is a shorthand of emotion..!


"Life is a song - sing it. 
Life is a game - play it. 
Life is a challenge - meet it. 
Life is a dream - realize it. 
Life is a sacrifice - offer it. 
Life is love - enjoy it"
-Sai Baba-



I hate to see you cry!






I hate to see you cry
Laying there in that position
There's things you need to hear
So turn off your tears and listen

Pain throws you heart to the ground
Love turns the whole thing around
No, it won't all go the way, it should
But I know the heart of life is good

You know it's nothing new
Bad news never had good timing
But then the circle of your firends
Will defend the silver lining

Pain throws your heart to the ground
Love turns the whole thing around
No, it won't all go the way, it should
But I know the heart of life is good

Pain throws your heart to the ground
Love turns the whole thing around
Fear is a friend who's misunderstood
But I know the heart of life is good

I know it's good

Sunday, April 28, 2013

Pardon me...i'm Quizzical-




Quizzical by juliet the orange-



I don't even comb my hair
When I wake up in the morning
I've always been like that

My clothes are on the floor
And I just don't have the time to put them back


Ladida da da
Ladida da da

Is this what you truly want for a girlfriend?
Or am I just someone you find pretty cute for a good time?

Don't go breaking my heart
I think very deeply and I hold very dearly from the sta
So why do you still love me

I'm so useless in the kitchen

And my cuisine is lousy
It makes you want to curl
My toes are awfully huge
And I am not just the stuff that makes a girl


Ladida da da
Ladida da da

Is this what you truly want for a girlfriend?
Or am I just someone you find pretty cute for a good time?

Don't go breaking my heart
I think very deeply and I hold very dearly from the start
So why do you still love me?

Pardon me ... I'm quizzical
Pardon me but I'm quizzical

Pardon me ... I'm quizzical

I don't even call you baby

'Cause that's what I call my dog

It would have sounded funny and so strange
Don't expect me to be crawling over you
For maybe I am just a poor unromantic
Why do you still love me?
So why do you still love me?




It's a dream...



Possibility by intoxicated


Everytime I look at you
I wish you looked my way
And flash me that dazzling smile that
really makes my day
But of course it's just a dream
a dream that won't come true
and for unrequited love I
wrote this song for you
I always think of how it'd be
if we were together
You and me holding hands
(It's a dream)
I can picture it right now
You and me,
It's a dream,
It's a possibility...
When I look out of my window
I hope you look up at me
If only you could read my heart
My love so true you'd see
How empty my life would be
If I don't have you
And for unrequited love I wrote
this song for you...
..it's a dream... it's a Possibility...

Ikan lumba-lumba makala-

Harap tidak terachun!
Moga tidak di rachun-
Sila jangan rachun!




Aku dan kamu-


Kau masih cantik seperti dulu 
Saat pertamaku jumpa denganmu 
Terasa inginku bersamamu 
Tapi aku tidak seperti dulu 

Kau senyum mesra 
Mungkin entah mengapa 
Tapi ku tak bisa 
Pasti ada yang kan terluka 

Jangan ditunggu 
Pasti takkan berlaku 
Walau ku cinta kamu 
Biar disimpan adakan sempadan 
Aku dan juga dirimu 

Kini aku telah berdua 
Masa depan yang tidak kita duga 
Ku tahu kau masih mengharap jua 
Tapi ku tak bisa meninggalkannya 

Kau senyum mesra 
Mungkin entah mengapa 
Tapi ku tak bisa 
Pasti ada yang kan terluka 

Jangan ditunggu 
Pasti takkan berlaku 
Walau ku cinta kamu 
Biar disimpan adakan sempadan 
Aku dan juga dirimu


Dinding-

Mohon di hapus titik- titik halus itu..
Sebelum ia mengumpul memenuhi ruangan konkrit separa siap barbatu.
Jangan di ulang hujan lebat setahun dahulu..
Dinding itu masih belum mengeras untuk mampu bertahan bencana sebegitu.




Notakaki:
Jika titik-titik itu bakal membentuk doodle menghiasi ruangan itu, maka sila diteruskan.. Dipermudahkan dan ditetapkan keazaman agar menjadikan itu ruangan tercantek yang dapat di realisasi...
Jika tidak, maka biar saja ia kosong agar dapat di cat tebal-tebal dengan warna yang mampu melitupi kecacatan dinding yang meretak sejuta itu...

-doodle curik dr google-



Saturday, April 27, 2013

Takut-

Aku takut bila ada yang terlalu berani..
Jangan sampai aku pergi..
Tolong kawal diri!

Ya itu aku!

Ya! Aku manja...
Tapi apa kena mengena denganmu?
Ya! Aku mengada-ngada..
Tapi apa masalah mu?
Ya! Aku tidak pandai segala-galanya..
Tapi ada aku susahkan kamu?

Aku Tak rasa aku susahkan siapa-siapa...
kecuali keluarga ku...
Juga beberapa kerat sahabat dunia akhirat ku..
Orang yang sanggup berkorban, berkongsi hati, bersusah payah demiku..
Aku tak pernah rasa susah demi orang lain bila ada yang turut bersusah demi ku..
Maka nya... Jika kau tak pernah rasa susah demi aku..
Tak ada sebab aku nak rasa, aku susahkan kamu!



-namakuaku-
April 27, 2013
12:39pm




Notakaki:
Jika setitis peluh yang di pinjam pun, upah kau idamkan..
Layakkah kau anggap dirimu sahabat dunia akhirat kenudian?

jess and nick! - ini gambar candid yang sangat lama-

Aku agak bosan arini..
so aku upload gambar lama..
semua gambar candid..
gambar 25 march 2012.
masa ni ayie ajak aku p perpat..
ada client oversea katanya..
so aku pun menempel lah kat celah2 pose dia..
ini jess dan nick..
aku lupa lak diorg dtg dr china ke taiwan ke hongkong ntah... 
dari mana ntah..
datang buat pre-wedding kat malaysia katanya.
ni session last diorg sblum balek ke negara diorg..
sblum ke perpat dgr2 diorg shoot kt cameron ngan photographer lain..
diorang sanggup booking pre-wedding session ngan ayie lpas tgk gambar2 ayie kt http://mohdrazali.com/


notakaki:
boleh tengok gambar2 jess and nick yang ayie shoot kat http://mohdrazali.com/portraits/jessie-nick-pre-wedding-part-2/


























































Arghh,.. Skali lagi compaq aku mempermainkan visual ku..
Bila di view di devices apple habis kaker bercelaru..
Hilang effect dreamland..effect fantasy.. Smua kuning tahap dewa...
malas lah aku nak kejar white balance tu...
Compaq ni mmg x bley di buat mengedit lah.. Huh