Monday, April 22, 2013

hati..


mereka kata... hati organ paling suci..
cinta, datang dari hati.
tapi mereka juga kata...ikut hati mati!
kenapa? dan mengapakah sesuatu yang indah di negatifkan begitu rendah?

mungkin benar kata mereka..
ikut hati, mati..!
aku pernah mati kerna hati..
mati perasaan..mati akal dan fikiran.

kerna pernah ikut kata hati, aku terkapai-kapai..
mencari dahan untuk berpaut..
mencari sepalit cahaya dalam kegelapan malam..
mencari bahagia di sebalik duka..

hati yang tercarik bukan mudah di ubati..
apa lagi hati yang berderai hancur seperti kaca terhempas ke lantai konkrit dari tingkat tujuh..
sakit yang terkesan bukan calang-calang..
bisa membuatkan hati lumpuh, keras dan kejung seperti batu dan patung kayu tidak berperasaan

justeru itu..
jangan buta-buta ikut kata hati!
kalau kau tak mahu termakan diri..
letakkan lah akal seiring hati..!


-namakuaku-
April 22, 2013
01:01am


bilaotakkubercelaru.. bahasakuturutmerapu...

No comments: