Monday, May 20, 2013

Serba salah-

"di telan mati emak,
di luah mati bapak"

kita semua tahu...
bukan senang nak puaskan hati semua orang tanpa mengetepikan perasaan sendri..
ibarat nya menarik rambut di dalam tepung...
rambut jangan putus... tepung jangan berselerakkan...

aku..
bukan seorang yang senang untuk berkata tidak..
paling-paling aku cuma mampu keluarkan alasan..
mencuba untuk tidak mengguris hati orang lain dengan keputusan aku...
seperti orang memalu ular dalam benih.. ular biar mati, benih jangan rosak..

aku..
kalau boleh mahu menjaga hati semua orang..
dan juga hati aku..
tapi selalu nya aku tak berjaya..
sebab satu itu lah.... "aku tak mampu berkata tidak"!
tak mampu membiar hati orang lain terguris..
sudahnya...
hati sendri jadi mangsa..


redha!


Simpan dalam mulut kemam-kemam pun  boley...
Haishhh.

Notakaki:
Arini aku tau..
Ada kawan2 yang kita boleh kata tidak cukup sedakar dengan alasan..
Dan ada yang kita tak mampu nak kata tidak..
Tapi selalu nya.. Memang x mampu pun..
Kalau kata tidak pn akan end up dengan perasaan serba salah yang amat sangat!

No comments: