Sunday, August 18, 2019

Sunday, August 12, 2018

Throwback 08092015-16102015

This post was written on 12 august 2016.


Fuh tiba-tiba berdebor pulak.

Tahun lepas..
Waktu-waktu begini...
Segala macam rasa timbul aku rasa..
Seram.. Takut.. Cuak... Berdebor-debor..
Semua yang negatif lah..
Yang positif nya mungkin perasaan teruja...
Sebab bakal jejak kaki ke sana..
Dengan mak ngan abah..
Dan mungkin juga rasa bersyukur sebab bakal menunaikan rukun islam yang ke lima.
Tapi paling ketara sudah tentu takut lah..
Kenapa?
Sebab aku bukan orang baik-baik..
Aku banyak kurang nya..
Banyak jahil nya..
Banyak leka nya..
Aku datang dengan segala hitam kehidupan.
Aku datang dengan kurang ilmu dan amal.
Aku datang serupa boneka... Kosong...!
Kalau di tanya amal di sana..
Segala sesal dalam jiwa yang tak terluah..
Segala rugi nya masa aku seranah..
Apa nak buat..
Yang lepas tu lepas lah.
Yang di hadapan berbaki tu je yg boleh di ubah..
Maka merangkak lah aku mengeja kitab dan menadah ceramah...
Cuba untuk tidak terus punah...
Ya aku sedang mencuba...
Sedang mengesot mengenal istiqamah...

 -Namakuaku-

*maaf sy tak banyak gambar sbb tu recycle banyak kali*


Sunday, September 18, 2016

It still hurts..



Andai..

Andai tiada jodoh di dunia..
Lindungi lah hati kami dari jatuh cinta pada yang bukan di ciptakan untuk kami..
Persiapkan lah diri kami dengan iman dan amal..
Agar dapat kami bertemu kekasih kami, Nabi Muhammad S.A.W. di syurga mu...


Biar hanya Allah saja yang tahu.


Kebetulan apakah ini?

Sehabis saja tulisan ini aku reka..
Kau hadir memberi salam Dengan tujuan yang boleh ku duga..
Telah aku cuba berfikiran sepositif yang mungkin Namun kebenaran itu muncul jua..
Hampir-hampir saja terpedaya dengan pembuka bicara..
Dan iya....
kali ini aku tewas sekali lagi seperti biasa..

-Namakuaku-


Thursday, July 21, 2016

Why you?!

#acahacahpenglipurlara #namakuaku #omongkosong #imaginasikosongsipariparibingung
No question please!-
I'm just a storyteller.

Friday, May 20, 2016

Trying...

The reason i'm wasting my whole day in front of the television is......

i'm trying to hold back my tears from crying of missing you😔

Sunday, May 1, 2016

Andai..

Andai tiada jodoh di dunia..
Lindungi lah hati kami dari jatuh cinta pada yang bukan di ciptakan untuk kami..
Persiapkan lah diri kami dengan iman dan amal..
Agar dapat kami bertemu kekasih kami, Nabi Muhammad S.A.W. di syurga mu...


Friday, January 8, 2016

Cry baby!-


Perempuan-


2.6 billion-

Meh balek meh..!-


Bengkak-

Mata bengkak itu perit!-

I love listening to lies when i know the truth.. But not from you...


There goes the love in the air..
Runs everywhere disappeared in the air..
Trust and honesty kills every single of it..
And end up with a half aged women crying on the sajadah 
praying to stay strong and brave 
Just like she used to be...

In the end everything belongs to Allah..


-Namakuaku-


Tuesday, November 10, 2015

Marah aku pendek, Rajuk aku yang panjang-




*
"Aku itu umpama naga yang sedang tidur-
Lama mana pun sudah aku jinakkan..
Naga tetap naga..
Tidur nya lena..
Cuma jangan berani-berani di kejut aja..."

#namakuaku

**
P/s: aku ada satu cerita berkaitan-


Orang macam aku.. (dulu)
Susah nak senyap-


Pernah aku marah...
memaki-(dulu! )
Menangis- (ya! Aku marah aku menangis! Bodoh kan?)
Esok nya aku da ok-
Da boleh senyum-senyum..
Da boleh gelak-gelak..


Kawan aku tanya-
"Kejap nya kau da baik-"


Aku kata-
"Da luah marah-
Dah terima maaf-
Napa nak serabutkan otak lagi-
Napa nak pendam marah lagi-
Marah tu boleh jadi barah babes-
Hati boleh luka berdarah kau tau?"


"Tapi..
Itu marah!
Bukan merajuk!
Kau ingat aku tak pandai merajuk?"
(Sambil gelak-gelak berlalu meninggal kan kawan tu terpinga-pinga)


***
Eh...
Tak sampai ke?
Tak boleh jadi penglipurlara lah aku kalau story xde feel macam ni?
Kena stick ke susun atur kata je lah cam tu ye?
Haha

Tuesday, August 18, 2015

Wednesday, August 5, 2015

lelaki.

"Lelaki macam mana yang kau cari ni?"

" Lelaki yang tak suka merah telor masin... ada?

Sunday, May 3, 2015

ahh!

Ah kau ni...
Jgn buat hati aku pedih lah-
Kalau kau depan mata pasti sudah aku pelok ketat2-
Ah..
Rendu..
Mungkin bukan pada kau..
Tp aku rendu!
Rendu apa pun aku x pasti!!!
Ah...
Kbai.

Friday, April 24, 2015

Cukup sekali.!

Eh...?
Macam mana kau boleh fikir apa yang di fikiran aku-
kau ajak aku tgk movie out of the blue?
Kau lupa apa janji aku dulu?
Lepas lafaz itu aku takkan keluar lagi denganmu?
Yang satu kali itu anggap saja aku masih keliru.
Cukuplah sekali itu!
Bukan aku nak kecilkan hatimu..
Tapi aku tak mahu menduga hatiku..

Not talking-

There's a million reasons for me not to look for love.
But my heart starts to cry and my hatred start growing every time i try to list them out.
So i stop talking about it.

Shyyyy... Jangan bilang siapa-siapa-

Jangan bilang siapa-siapa..
Aku....
Terbuai oleh angan-angan...
Aku...
Terbayang-bayang bodohnya berangan...

Serik!

serik!
Aku serik!!
Serik untuk memperjudikan rasa..
Serik untuk mempercayai cinta..
Serik untuk diperdaya naluri..
Serik untuk yang bernama lelaki..

Takkan!

Terdiam kaku..
Tertunduk malu..
Takkan itu aku?
Mungkin cuma dalam mimpi mu..
Atau hanya mimpiku?
Aku takkan pernah jadi mereka itu..
Takkan pernah memujuk rayu..
Takkan pernah menadah dungu..
Aku cukup serik menjadi batu..
Di henyak pijak maruah dan perasaanku..
Di perbodoh tulikan orang-orang sepertimu...
Takkan!
Takkan lagi aku!

Wednesday, April 22, 2015

Entah kenapa..

entah kenapa..
Seperti ada sesuatu..
Entah kenapa..
terasa semakin hilang arah tuju..
Entah kenapa ..
seakan terbuai-buai di minda ku..
Entah kenapa..
Seakan terasa sayu..
Entah kenapa..
Terdetik hati memikirkan kamu..
Bayang-bayang kamu...
Ya..Hanya bayang-bayang kamu...
Yang semakin jauh meninggalkan ku...

Sunday, March 8, 2015

Terkadang

terkadang bila terkenang-
Terasa sakit robek seakan di hempas henyak dan di pijak hentak dengan kasut bertapak tebal bergigi-

Sunday, March 1, 2015

quit your job!

if only i could ..
then i definitely would...


Monday, February 16, 2015

.

Setiap pedihnya gurisan pasti muncul peritnya kenangan-

Sunday, January 4, 2015

hampir-

Hampir saja aku tewas dalam bayangan semalam-

Tuesday, December 16, 2014

rendu dan benci

ada rendu di situ...
jujur...
memang ada rendu..
namun...
di setiap satu rendu..
aku selitkan dua kebencian buatmu..
supaya aku ingat sakit yang terbaki dalam diri dan hati....

Monday, August 18, 2014

Sunday, July 20, 2014

detik hati-

tiba-tiba hati terdetik..
benar kah ada sekelumit rasa yang sama antara kita.
atau sekadar mainan perasaan semata..
ahh... selesa!

Tuesday, May 27, 2014

sangkut dalam hati..

jalan-jalan sepak batu...
tak perasan kau tersangkut di situ..

Sunday, May 25, 2014

Lampu rumah jiran-

Jangan bilang sapa-sapa...
Aku rasa ada cahaya suram menerangi gelap malam
Datang dari rumah jiran....
Ya...
Cahaya milik jiran...!
Tapi..
Cahaya itu menghangatkan..
Menerangkan...
Membuahkan satu senyuman..
Damai.....

Sunday, May 11, 2014

Sanggup..

"Kenapa kau tak kawen lagi?
Kau tunggu apa?"

"Tunggu?"

"Aku tunggu...
Orang yang sanggup makan kan kacang pada rempeyek aku..
Orang yang sanggup tapis kan selasih pada sirap aku..
Orang yang sanggup kutip dada ayam pada makanan aku..
Orang yang sanggup kopekkan kulit udang pada maggi aku...
Orang yang sanggup tiupkan teh panas aku..
Orang yang sanggup telan masakan lawya aku...
Orang yang sanggup sidai dan lipatkan basuhan aku..
Orang yang sanggup tune ukelele aku setiap masa..
Orang yang sanggup hantarkan kereta aku ke carwash..
Orang yang sanggup drive kan aku ke mana saja..
Orang yang sanggup teman kan aku menjelajah dunia.
Eh....?
Banyak lagi ni..
Takkan boleh sampai sini jer?"

"kau sanggup?"

Huh-

Saturday, May 3, 2014

Asyik...

Bukan satu tapi dua..
Ada sesuatu dalam itu..
Buat aku tersipu tutup muka..
Mengkhayalkan...!
Haishhhhhh...... (Diam)
Senyum lagi...... (Diam)
Asyik!

Thursday, May 1, 2014

Down-

walking down the aisle.
there you are..
standing there proud with yourself..

Then i was here..
Looking down on myself..
And slowly walking away from the scene...

oooh

diam dan terus membisu..
kalau bisa mahu saja aku menyorok di celahan-celahan kaki kerusi meja itu..
kenapa harus adanya bengkel persembahan segala...
kenapa tidak hanya datang, dengar, cemil-cemilan dan balik tidur..?
sungguh.. aku tak suka!

Tidak kesampaian..

Pernah...
Ku utuskan perahu kertas buat sang neptunus..
Agar tersampai bicara sepi dari jiwa...
Pernah juga...
Ku berharap mimpi bukan sekadar imaginasi..
Agar indah dunia realiti..

Malangnya..
Semua itu tidak kesampaian...
Ada saja putera duyung yang menyentak tidur menghapus mimpi..