VERSE 1
D-- G
untuk kali ke seratus lima puluh juta
D
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
G
"hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
D
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?"
G
di seratus lima puluh juta kali itu
D
di depan semua engkau tarik tangan aku
G
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
D
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:
CHORUS 1
G
"dia mungkin bengis seperti singa
D
tapi dia nangis tonton cerita korea
G
dia mungkin keras bila bersuara
A (rest)
tapi dia jelas jujur apa adanya--
D
aku lagi kenal dia"
VERSE 2
D-- G
dah lebih seratus lima puluh juta kali
D
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
G
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
D
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"
G
di setiap seratus lima puluh jutanya
D
aku pun dalam hati semacam tak percaya
G
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
D
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:
CHORUS 2
G
"sayang mungkin baran tak kira masa
D
tapi sayang tahan kalau salahnya saya
G
sayang mungkin saja keras kepala
A
tapi sayang manja bila kita berdua--
D
saya kenal sayang saya"
BRIDGE
D G D G
aaaa~
D G D
buat apa dicerita bahagia kita rasa
G D
biar tak dipercaya, peduli orang kata
G D
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
G D
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada
CHORUS 3
G
aku lebih bengis dari sang naga
D
tapi bisa nangis semata demi senja
G
suaraku keras tak berbahasa
D
kerna aku rimas gedik mengada-ngada
G
aku mudah baran tidak semena
D
mana boleh tahan angin cemburu buta
G
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
A (rest)
aku punya manja kau saja boleh rasa
D
rahsia kita berdua
No comments:
Post a Comment